Khamis, 27 Mac 2014

Format Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41


Bagi calon peperiksaan pegawai arkib s41 pada 1 april 2014, yang pertama kali menghadiri peperiksaan pegawai arkib s41 sudah semestinya tercari-cari apakah format dan contoh soalan peperiksaan pegawai arkib s41. Di sini saya sekali lagi ingin berkongsikan sedikit maklumat dan rujukan terbaik untuk calon-calon Peperiksaan Pegawai Arkib S41 bagi membuat persediaan awal.


Format Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41

Format Peperiksaan Pegawai Arkib S41 untuk peperiksaan 1 APRIL 2014 ini sama seperti format 2013 yang lepas seperti yang dimaklumkan melalui surat panggilan. Ianya hanya mengandungi hanya 4 Seksyen berbanding peperiksaan Gred 41 lain yang mengandungi 5 seksyen. Tiada penilaian pemahaman teks bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam kata lainnya, format kali ini lebih ringkas dan sesi peperiksaan akan tamat lebih awal.


Peluang Cerah Lulus Peperiksaan Pegawai Arkib S41

Untuk tahun ini tapisan nampaknya dilakukan lebih awal dengan mengadakan sesi peperiksaan pada hari SELASA. Pastinya ianya akan memberikan kesan kepada mereka yang sudah bekerja di mana kesukaran mendapat cuti pelepasan pasti muncul terutamanya bagi mereka yang mengambil cuti antara 22 – 29 MAC sempena cuti persekolahan.

Jika anda dipanggil dan mendapat pelepasan cuti, cuba hadir dan buat sehabis baik kerana peluang mereka yang hadir lebih cerah kerana dijangkakan % mereka yang hadir adalah kurang.

Anda harus tahu juga yang Gred 41 telah mula menggunakan sistem MyRecruitment yang sebelum ini hanya untuk menapis calon lulusan ijazah bagi beberapa jawatan khusus Gred 41 seperti Pegawai Tadbir Diplomatik. Ringkasnya, sebelum sampai ke temuduga calon akan melalui 2 peringkat saringan iaitu peperiksaan bertulis (yang bakal anda hadapi) dan sekiranya berjaya anda akan dibawa menduduki sesi “Program Assessment Center (PAC)” sebelum ke sesi temuduga.

Alhamdullilah, sekali lagi Tim Infokerjaya telah bersetuju untuk membantu calon peperiksaan dengan menyediakan


Format Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib


Secara ringkasnya, untuk sesi Peperiksaan Gred S41 kebiasaanya terdiri daripada 4 Seksyen iaitu :

Seksyen A - Pengatahuan Am (Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling)

Seksyen B- Kemahiran Matematik

Seksyen C-Esei Bahasa Melayu

Seksyen D-Esei Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41

Contoh Soalan Seksyen A

                Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai paling banyak soalan. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan). Sekali lagi formatnya;
  •  Tempoh: 40 minit
  •  Jumlah Soalan: 50 soalan


1.       Rekod merujuk kepada

I.        Bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat.
II.      Termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta.
III.    Pelan, lukisan, gambar foto, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
IV.    Rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau apa-apa salinannya.

A.      I dan II
B.      I, II dan III
C.      II, III dan IV
D.      I, II, III dan IV


2       2.       Jawab soalan ke 2 dan 3 berdasarkan kepada maklumat di bawah


Rekod yang diterima secara rasmi atau yang dikeluarkan oleh mana-mana pejabat awam bagi perjalanan hal ehwalnya atau oleh mana-mana perkhidmatan awam atau pekerja pejabat awam dalam perjalanan tugas rasminya dan termasuk rekod mana-mana perusahaan Kerajaan dan juga termasuk segala rekod yang, pada permulaan kuatkuasa akta ini, adalah dalam jagaan atau di bawah kawalan arkib Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Arkib.



A.      Rekod suruhanjaya
B.      Rekod awam
C.      Rekod kerajaan
D.      Rekod masyarakat


3.       Rekod yang diterima secara rasmi akan disimpan di mana?

A.      Arkib Negara Malaysia
B.      Arkib Negara Negeri
C.      Arkib Negara Daerah
D.      Arkib Negara Bandar


4.       Rekod tidak aktif merujuk kepada

A.      Rekod yang tiada kepentingan dalam pentadbiran kerajaan.
B.      Rekod digital berkaitan sejarah dan peristiwa penting negara yang tidak lagi menjadi rujukan utama.
C.      Rekod yang tiada tindakan lanjut dikehendaki diambil ke atas rekod itu atau rekod yang tidak lagi dikehendaki untuk pentadbiran harian di jabatan/agensi kerajaan.
D.      Rekod semasa yang pernah digunakan dalam sidang akhbar-akhbar utama negara dan kini sudah tidak digunakan lagi sebagai rujukan utama pentadbiran kerajaan.


5.       Penetapan yang menjelaskan rekod telah tamat atau tiada tindakan lanjut dikehendaki diambil tentang rekod tersebut.

Hal ini merujuk kepada

A.      Tamat perkhidmatan
B.      Tamat siasatan
C.      Tamat rekod
D.      Tamat tindakan


6.       Di antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan Tutup Fail?

I.        Fail yang mengandungi 100 kandungan atau ketebalannya 4cm
II.      Ianya hendaklah ditutup dan fail baru dibuka.
III.    Fail juga ditutup setelah selesai segala tindakan dan tiada rujukan yang perlu diambil oleh jabatan/agensi kerajaan.
IV.    Fail ditutup kerana tiada kepentingan dalam membuat rujukan berkaitan.

A.      I dan II
B.      I, II dan III
C.      II, III dan IV
D.      I, II, III dan IV


7.       Cara menguruskan pengasingan rekod dengan tujuan pemusnahan, pemindahan atau selainnya merujuk kepada

A.      Pemusnahan
B.      Pemindahan
C.      Pengasingan
D.      Pelupusan


Contoh Soalan Seksyen B

1.       Lengkapkan premis dalam hujah berikut:

Premis I  : Semua pelajar Tingkatan 3 Gigih rajin.
Premis II : …………….
Kesimpulan: Ali seorang pelajar rajin.

Premis II ialah ______ .

A             Semua pelajar yang rajin adalah pelajar Tingkatan 3 Gigih.
B             Ali seorang pelajar Tingkatan 3 Gigih.
C             Ali bukan pelajar Tingkatan 3 Gigih.
D             Kebanyakan pelajar Tingkatan 3 Gigih rajin.

Soalan 37 hingga 38 adalah berdasarkan jadual di bawah
Skor (markah) kuiz
20
21
22
23
24
Kekerapan
3
0
2
4
1

Jadual di atas menunjukkan skor (markah) kuiz bagi sekumpulan pelajar.

37.   Mod bagi skor pelajar itu, ialah
                A             20                                                                                           B             22
                C             21                                                                                           D             23

38.   Median bagi skor pelajar itu, ialah
                A             21                                                                                           B             22
                                                                                             


Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Arkib S41


Formatnya  4 Seksyen sahaja tetapi mengikut penilitian Inforkerjaya (Team Tipsptd) sepanjang lebih kurang 4 tahun membantu calon (sejak tahun 2009) dalam peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam, setiap seksyen dipecahkan lagi.

Jika anda calon yang bakal menghadiri peperiksaan Pegawai Arkib S41 pada 1 April 2014 pastikan anda hadir dengan persediaan. 

Peluang anda adalah cerah. Seperti yang saya nyatakan di atas, jika anda dipanggil dan mendapat pelepasan cuti, cuba hadir dan buat sehabis baik kerana peluang mereka yang hadir lebih cerah kerana dijangkakan % mereka yang hadir adalah kurang.

Dapatkan rujukan peperiksaan ini melalui pautan di bawah :


Untuk pengatahuan anda juga panduan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya ini adalah terhad. Ianya dibuka dari 25 April 2014 sehingga 30 April 2014 sahaja.

Sekali lagi sekiranya anda ingin berjaya pastikan anda hadir ke dewan peperiksaan dengan cukup persediaan dan buat persediaan awal.

Tiada ulasan: