Pengenalan

SEDIKIT MENGENAI PROFILE BLOG & BLOGGER

Blog notapemirsa telah di bangunkan pada 21 September 2013 oleh saudara Junaid Jaimi bertujuan untuk dijadikan bahan bacaan santai serta berkongsi segala pendapat, ilmu dan pengalaman yang pernah di lalui dan di tempuhi dalam kehidupan seharian penulis dalam mengharungi suka duka pahit manis kehidupan sebagai seorang khalifah Allah S.W. T dimuka bumi ini di dalam satu medium maya agar ianya boleh menjadi salah satu bahan pencarian dan perkongsian maklumat yang mungkin berguna kepada pengungjung blog notapemirsa.

Matlamat blog notapemirsa.blogsport.com
Matlamat utama penulis adalah menjadikan blog ini, satu hentian untuk para graduan, pencari kerja,kakitangan awam, agensi kerajaan dan calon-calon peperiksaan jawatan kerja kerajaan mendapatkan panduan dan rujukan terbaik dan berkualiti untuk persediaan sebelum menghadapi temuduga dan peperiksaan yang bakal di hadapi..

notapemirsa atau melayunya nota penonton adalah bertepatan dengan konsep dan idea penulis dalam menyampaikan karya beliau dalam penulisannya di notapermisa.blogsport.com. Penyampaian maklumat iaitu nota diibaratkan sebagai penulisan dan penonton adalah ibaratkan penulis yang sentiasa menyaksikan dan menyampaikan maklumat berdasarkan  apa yang disaksikan sama ada melalui pembacaan mahupun pengalaman yang dilalui sendiri oleh penulis.

Harapan
Semoga dengan panduan-panduan yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda..

Semoga ruangan in akan dapat memberi manafaat kepada sahabat-sahabat pengunjung.

"Pemirsa ....erm..." :)

Salam sahabat blogger,
Junaidy Jaimi

Tiada ulasan: