Rabu, 23 Oktober 2013

Tips Temuduga Penolong Jurutera Gred J29 RISDA


Assalamualaikum...salam permirsa dari saya. Untuk kali ini, saya ingin berkongsikan
sedikit tips temuduga penolong jurutera J29 Risda. Tips ini saya kongsikan berdasarkan
pengalaman saya sendiri ketika menghadiri temuduga tersebut baru-baru ini iaitu pada 17/10/2013
di Pejabat Risda Negeri Sabah, Kota Kinabalu ,No.163, Blok S, lorong Plaza Permai
3, Alam Mesra,Jalan Sulaman, P/s 17283,88873 Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk pengatahuan terutama kepada mereka-mereka yang akan menghadiri temuduga di Pejabat RISDA Negeri Sabah,pastikan anda telah menyemak betul-betul di mana tempat anda di minta hadir untuk temuduga tersebut, sama ada di Pejabat RISDA Negeri Sabah, atau Pejabat RISDA Cawangan Kota Kinabalu. Ini bagi mengelakkan anda tersalah tempat untuk menghadiri temuduga.


Antara tips yang saya rasa anda boleh cuba adalah seperti berikut :

Sebelum menghadiri temuduga

1.Baca dengan teliti setiap arahan yang anda dapat dalam surat/email tawaran menghadiri temuduga anda.
2.Sediakan selengkapnya dokumen-dokumen asal pengenalan diri seperti my kad,surat lahir,sijil-sijil akademik, sijil-sijil kemahiran dan yang berkaitan dengan bidang temuduga yang akan anda hadiri. Jangan lupa untuk membuat salinan semua sijil-sijil anda. Ini wajib, kerana semua maklumat dan salinan sijil-sijil anda akan di ambil oleh pihak penemuduga bagi semakan dan memproses pemilihan calon untuk jawatan tersebut. Sebaik-baiknya semua salinan tersebut telah disahkan terlebih dahulu.
3.Sediakan gambar terkini anda berukuran passport, sekurang-kurangnya 2 keping.
4.Resume.Pastikan Resume yang anda buat tidak terlalu panjang sehingga menggunakan lebih dari 2 muka surat. Sebaik-baiknya 1 muka surat sahaja.


Semasa menghadiri temuduga

1.Pastikan anda berpakaian formal dan kemas. Formal disini bukanlah bermaksud kena pakai kemeja yang berjenama dan mahal, cukup sekadar anda memakai kemeja lenggan panjang,tie/tali leher, berseluar slack/kakis dan berkasut kulit hitam/coklat.
2.Bagi lelaki rambut anda juga sebaik-baiknya pendek, kalau tidak pun disikat kemas dan rapi. Ini akan menjadi salah satu aspek yang menyatakan perwatakan anda kepada pihak penemuduga.
3.Datang awal ke tempat anda ditemuduga. Sebaik-baiknya datang seawal yang boleh. Perkara ini boleh mengurangkan sedikit rasa gemuruh,takut anda semasa menghadiri temuduga nanti. Pastikan anda rileks agar anda dapat memberi tumpuan dan jawapan yang terbaik semasa di soal oleh penemuduga. Berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain turut menghadiri temuduga bersama anda. Ianya dapat membantu anda, menenagkan sedikit perasaan anda
yang ketika itu berdebar-bedar.

Gambaran keadaan dibilik temuduga

Semasa saya menghadiri temuduga baru-baru ini, keaadan dibilik penemuduga adalah seperti berikut:
1. Panel atau pihak penemuduga adalah seramai 4 orang yang akan duduk dihadapan anda. Mereka akan bergilir-gilir menanyakan soalan kepada setiap peserta.
2.Peserta, 5 orang peserta dipanggil sekaligus duduk bersama dibilik temuduga untuk ditemuduga 
3.Setiap peserta akan ditanyakan soalan yang sama, secara bergilir-gilir
4.Soalan tambahan, perkembangan melalui soalan yang diberikan mungkin akan ditanyakan kepada anda, bergantung kepada penyampaian anda. Penilai selalunya lebih suka bertanyaan soalan tambahan ini kepada peserta yang memberikan pesembahan yang menarik perhatian.

Soalan-soalan yang mungkin akan ditanyakan

Perhatian disini, ini adalah apa yang saya sendiri lalui, soalan-soalan yang akan diajukan adalah berbeza-beza bergantung kepada penemuduga itu sendiri. Sekiranya anda dipanggil untuk Penolong Jurutera Awam J29, soalan-soalanya adalah lebih kurang seperti yang berikut :

1. Apakah yang anda faham mengenai konkrit. Berikan nisbah-nisbah bancuhan konkrit dan kegunaanya
2. Berapakah anggaran kos untuk membuat jalan raya sepanjang 1 kilometer
3. Berikan cadangan anda bagaimana untuk melahirkan masyarakat yang harmoni
4. Apakah sumbangan atau pencapaian tertinggi yang pernah anda terima (Jawab dalam bahasa inggeris)
5. Apakah kekuatan anda, dan kenapa perlu anda untuk kami terima bagi jawatan ini.

Selepas temuduga

Selesainya temuduga yang anda hadiri, cuba untuk ucapkan terima kasih dan bersalaman dengan pihak penemuduga. Ini adalah salah satu cara untuk anda mengambil hati pihak penemuduga yang menunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan tersebut.



    Senarai di atas adalah antara soalan-soalan yang diajukan kepada saya ketika menghadiri temuduga tersebut. Kesimpulan yang saya boleh tafsirkan disini, pihak penemuduga
sebenaranya cuba untuk melihat kelebihan anda dan pengatahuan anda mengenai bidang dan jawatan yang anda pohon. Pastikan anda tidak duduk diam ketika anda diajukan solan
walaupun anda tidak tahu jawapannya. Cuba untuk jawab soalan berdasarkan pengalam dan apa yang anda tahu. Sekiranya anda mahir berbahasa inggeris, itu adalah satu kelebihan
bagi diri anda. Namun sekiranya anda rasa anda sukar dan tidak pandai berbahasa inggeris, cara terbaik adalah jangan berbahasa inggeris, atau sekiranya anda di soal oleh
pihak penemuduga dengan bahasa inggeris, mohon untuk anda menjawab dalam bahasa melayu. Kerana anda hanya ada sekali peluang itu sahaja untuk menunjukkan potensi anda diterima
menyandang jawatan yang anda pohon. Jadi pastikan anda buat yang terbaik. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Langkah yang terbaik adalah pastikan anda membuat persiapan rapi mengenai pengatahuan anda dalam bidang atau jawatan yang anda mohon, selain mengetahui sedikit sebanyak mengenai profil jabatan atau agensi yang anda dipanggil selain itu juga buatlah sedikit carian mengenai isu-isu semasa. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda sedikit-sebanyak dalam membuat persiapan temuduga yang akan anda hadiri kelak.

Semoga anda berjaya dalam temuduga yang akan anda hadiri.