Rabu, 25 September 2013

Cara Mendaftar Pertubuhan Persatuan Belia

Assalamualaikum....pemirsa..pemirsa...erm...
Alhamdullilah..masih berkesempatan untuk saya berkongsikan sedikit ilmu dengan para sahabat-sahabat di luar sana. Enteri kali ini saya ingin membawa sahabat-sahabat semua untuk mengetahui beberapa selok-belok cara untuk mendaftarkan persatuan belia.

Sedikit info mengenai pendaftaran pertubuhan belia di negeri Sabah, jika sebelum ini iaitu tahun 2012 dan sebelumnya pendaftaran pertubuhan persatuan belia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftran Pertubuhan Malaysia atau ROS. Namun bermula pada tahun 2013, semua pertubuhan belia yang baru, dikehendaki mendaftrakan pertubuhan belia melaui kaedah atas talian melalui Sistem Pendaftaran Pertubuhan Belia eRoy. Perubahan ini adalah atas pembaharuan yang dilakukan oleh YB Tuan Khairy Jamaludin Abu Bakar selaku Menteri Belia dan Sukan bagi menyelaraskan semua aktiviti dan bantuan dari segi kewangan agar dapat disalurkan kepada semua pertubuhan-pertubuhan belia.



ROY akan memperkemas dan memperkasa sistem penyampaian dalam pembangunan belia supaya lebih berdaya maju dan aktif pada setiap masa. Kelulusan penubuhan persatuan belia dapat mendaftar daripada enam kepada tiga bulan atau kurang daripada itu

 Objektif pendaftran ialah untuk menggalakan lebih banyak persatuan belia dapat ditubuhkan disetiap komuniti dan kawasan.

Bantuan aktiviti KBS yang dikendalikan oleh cawangan Pembangunan Sosial memberi sekurang-kurangnya sebanyak RM3,000 kepada persatuan-persatuan belia. Ini diharap mampu menjadi rangsangan untuk mereka menjalankan aktiviti kepada ahli masing-masing. Bagi persatuan yang baru ditubuhkan, KBS juga memberikan bantuan awal sebanyak RM1,000 bagi membolehkan mereka membuat mesyuarat, kerja-kerja pentadbiran dan sebagainya. Peluang ini diharap dapat menambahkan lagi jumlah persatuan belia (Sumber :wikipedia )


Langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum mendaftrakan sesebuah persatuan belia :

1.Mengadakan mesyuarat penaja

 Mesyuarat ini akan membincangkan hal-hal berkaitan seperti melantik ahli jawatankuasa kerja iaitu pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha,bendahari dan sekurang-kurangnya 7 orang ahli jawatan kuasa kecil. Selain itu juga meyuarat akan membincangkan mengenai nama persatuan belia, alamat dan tempat urusan persatuan. Dalam mesyuarat ini juga digalakkan agar setiausaha mengedarkan borang bagi mendapatkan data dan maklumat ahlijawatankuasa untuk diisi semasa pendaftran persatuan melalui sistem eRoy

2.Menyediakan minit mesyuarat penaja

Selepas sahaja mesyuarat, setiausaha hendaklah menyediakan minit mesyuarat yang di tandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan sebaiknya ditandatangani oleh setiausaha dan pengerusi persatuan belia.

3.Menyediakan satu perlembagaan persatuan

Perlembagaan atau garis panduan yang menjadi panduan kepada persatuan yang bakal didaftarkan kelak, bertujuan untuk di jadikan rujukan sebarang permasalahan yang timbul kelak. Ianya perlu di sediakan untuk tujuan pendaftaran. Contoh perlembagaan boleh di rujuk disini contoh perlembagaan.
Ianya perlu ditandatangani oleh dua orang pemegang jawatan pada akhir perlembagaan sebagai pengakuan perlembagaan yang dibentuk.

4.Sediakan Wang Pos bernilai RM 30

Sediakan Wang Pos bernilai RM 30. Semasa anda membuat pendaftran secara online, pada pautan terakhir anda akan dikehendaki memasukkan nombor wang pos sebelum anda boleh submit permohonan anda.

4.Mendaftar persatuan belia menggunakan kaedah atas talian "online"

Setelah semua dokumen disediakan, setiausaha perlu scan semua dokumen seperti minit mseyuarat penaja dan perlembagaan untuk di uplod semasa mendaftar persatuan belia menggunakan sistem eRoy. Pendaftar persatuan ataupun setiausaha persatuan dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebagai Pengguna sebelum boleh menggunakan kemudahan pendaftaran atas talian menerusi eRoy.


Selepas selesai membuat pendaftaran, jangan lupa untuk kirimkan wang pos tadi ke alamat yang diberikan kepada anda melalui e-mail. Untuk Zon Sabah alamatnya adalah seperti berikut :

PEJABAT PENDAFTARAN PERTUBUHAN BELIA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
JABATAN BELIA SAN SUKAN NEGERI SABAH,
KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI SABAH,
JALAN TAMAN PASIR PUTIH,
PUTATAN MEL NEG 81, 88998
KOTA KINABALU, SABAH


No.telefon : 088-763389

P/s : Pastikan nombor telefon dan alamt e-mail yang di berikan adalah tepat dan boleh dihubungi. Kerana pegawai pendaftaran akan menghubungi anda melalui telefon dan alamat email yang anda berikan.

Tiada ulasan: