Peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27 dijangka akan di adakan pada bulan Jun 2014. Rujuk pada
Jadual Peperiksaan SPA.
Peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27
Tujuan
Peperiksaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan ini adalah bagi mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi makulmat yang diperolehi melalui latihan akedemik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai
jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan
mempunyai skop yang luas.
Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar
sesuai dengan kualiti serta potensi untuk dilantik sebagai Penolong Pegawai Belia
Dan Sukan Gred S27.
Format Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Peperiksaan ini melibatkan dua seksyen iaitu Seksyen A dan Seksyen B.
Seksyen A- Pengatahuan Am Tentang Malaysia dan Dunia
Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah
Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu
menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas.
Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut.
Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assessment Centre’ akan ditemu
duga.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Contoh Soalan Seksyen A- Pengatahuan Am Tentang Malaysia dan Dunia
Masa : 30 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Seksyen ini menguji pengetahuan dan tahap kesedaran calon terhadap perkara-perkara yang mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang terbilang, dasar-dasar awam, hal-ehwal kenegaraan, kepimpinan, rekreasi, pengurusan teknologi maklumat serta komunikasi dan lain-lain perkembangan semasa dan dunia amnya.
Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah
Masa : 35 minit
Bilangan Soalan : 30 soalan
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik Menggunakan ;
(ii) Kemahiran Menginterpretasi data; dan
(iii) Konsep Matematik.
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.
(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.
Untuk mendapatkan contoh soalan peperiksaan penolong pegawai belia dan sukan, calon boleh mendapatkan menerusi pautan yang di sediakan di bawah:
Dapatkan Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
Rujukan ini mengandungi panduan lengkap beserta contoh soalan yang di himpunkan berdasarkan contoh-contoh soalan peperiksaan yang lepas.
Selain contoh soalan, ianya merangkumi skema jawapan untuk anda tahu bagaimana teknik menjawab soalan yang menepati piawaian penyemak.
Jadi apa yang anda perlu buat, hanyalah buat latihan dan biasakan diri menjawab soalan-soalan yang disediakan agar anda boleh memperuntukkan masa seperti yang ditetapkan.
Anda boleh mendapatkan rujukan peperiksaan beserta contoh soalan penolong pegawai belia dan sukan.
Pastikan anda jadi yang terawal dengan isikan nama dan alamat email terbaik anda melalui pautan berwarna kuning yang disediakan di atas. Anda juga boleh bookmark laman ini untuk rujukan akan datang.
Ini kerana rujukan ini terhad dan hanya akan dibuka pada masa yang sangat singkat.