Assalamualaikum...salam pemirsa..pemirsa..em..
Alhamdulillah dikesempatan ini saya rasa terpanggil untuk berkongsikan sedikit sebanyak pengalaman yang pernah dilalui dalam melaksanakan tugas sebagai seorang setiausaha. Di dalam satu-satu organisasi tidak kira dalam bidang pekerjaan mahupun organisasi pertubuhan bukan kerajaan, setiausaha selalunya terletak sebagai orang ketiga dalam jawatankuasa tertinggi.
Setiausaha merupakan tulang belakang kepada halatujuh dalam memastikan kelancaran program dan aktiviti yang dirancang oleh persatuan / organisasi dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Di sini saya ingin berkongsikan beberapa tugas-tugas dan peranan penting yang perlu diberi perhatian khusus oleh mereka yang telah dilantik memegang jawatan sebagai setiausaha
1.Merancang agenda mesyuarat dan menyediakan surat panggilan mesyuarat.
2.Mengedar surat panggilan mesyuarat / memanggil mesyuarat
3.Mencatat minit mesyuarat.
4.Menyiapkan laporan / menyediakan minit mesyuarat
5.Menguruskan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa induk dan Jawatankuasa kerja
6.Merancang bersama AJK segala aktiviti organisasi/persatuan sepanjang tahun
7.Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan organisasi/persatuan.
8.Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai
pengurusan organisasi / persatuan.
9.Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksnakan mengikut perancangan.
10.Melakukan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengerusi.
Kebiasaan yang sering berlaku dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan bukan kerajaan seperti badan-badan sukarelawan ini, setiausaha selalu mengambil mudah perkara ini. Ini menyebabkan beberapa perkara mudah menjadi sebab kepada kelewatan dan kurang mendapat layanan serta sambutan daripada pihak yang tertentu apabila memohon atau hendak melakukan sesuatu aktiviti.
Sebagai contoh, di Kampung Muhibah terdapat satu pertubuhan Persatuan Belia Serumpun yang ingin melaksanakan program sukanika peringkat Kampung Muhibah. Perlu di ingatkan di sini walaupun sesebuah pertubuhan mahupun organisasi itu berada dalam sebuah kampung dan organisasi tersebut saling kenal-mengenali dengan penduduk kampung tersebut, sebelum perlaksaan program di buat, jangan di lupa terdapat Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) tersebut yang merupakan organisasi yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan kampung tersebut.
Pendek kata, sekiranya ianya melibatkan nama organisasi / pertubuhan / jawatankuasa yang sah, apa-apa program dan tindak-tanduk yang di buat, ianya haruslah di lakukan dengan formal dan paling penting haruslah di sertakan hitam-putih segala surat dan makluman yang di buat.
Permakluman dan urusan yang di buat melalui surat amat penting dan ianya merupakan bukti dan maklumat yang dapat disimpan sebagai rujukan pada bila-bila masa ianya di perlukan.
30 ulasan:
Salam tuan/puan..saya dah terbaca tentang pengalman tuan/puan..disini jika di izin kan..bolehkah tuan/puan mengajar saya tentang ilmu surat menyurat ni..saya baru dalam bidang ni dan tiada pengalaman apa pun..tapi saya ingin belajar utk membolehkan saya membuat surat menyurat di dalam pertubuhan..izin kan saya belajar dari tuan/puan.
T.kasih
Tahniah! Sangat membantu.
claim pengerusi pun kerja setiausaha ke?
Terima kasih...isnin ni bermula laa tugas saya sebagai Setiausaha datuk seri. Ni pengalaman pertama saya dlm bidang ni..sebelum ni saya lebih banyak membuat kerja2 teknikal n admin...hope dapat membantu
Terima kasih info yang berguna
Tksh. Sya budak baru belajar bagaimana menjlnkn tugasan sebgai setiausha politik
terima kasih atas makluman..namun nak tanya skit kalau kita buat kertas kerja program segala perancangan perbelanjaan program tu setiausaha juga ke yang kene rancang dan buat ya?
Terima kasih atas perkongsian pengalaman Tuan. Ianya sangat membatu sata.
saya masih keliru tentang penyediaan minit mesyuarat.. contohnya meeting akan datang telah ditetapkan.. dan tugas saya sudah edarkan surat makluman meeting.
2.untuk perbincangan dalam meeting seterusnya apakah minit mesyuarat yang perlu saya sediakan.. adalah cukup sekadar minit yang lepas dibentangkan.
Halo...maaf bole tanya bagaimana cara mau jadi setiausaha?
Baca teks diatas
Setiausaha, perlu setia dan perlu sentiasa cekap, kuat berusaha. Perlu setia pada Pengerusi dan melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh Pengerusi.....
Apakah beza Setiausaha dengan Setiausaha Pengelola dalam sesuatu pertubuhan yang sama?
Salam, apakah peranan setiausaha kerja (SUK) dan hubungan dengan setiausaha satu pertubuhan?
T,kasih atas info berfaedah ini
terbaik
terbaik
Banyak info yg diperolehi.terbaik
Boleh tak ? Admin pm sye 0176746392
Terbaik
Join boleh
0197618394
Assalamualaikum,terima kasih di atas info yg Di beri cik,saya baru sahaja dilantik menjadi setiausaha kg,jadi saya Mohon cik tujuk ajar kepada saya akan perlaksanaan dalam melaksanakan minit mesyuarat akan datang..
Admin bole pm saya 0137027620
mohon admin tinggalkan no tel
agar senang nk berurusan
tima kasih
Saya pun bakal lantik Su pening juga nak pikir, dapat sedikit sebanyak listdown kerja yang dicerahkan syukur sedikit membantu, klu dapat banyak lagi bagus
Terima kasih atas pencerahan
Mohon admin add saya.rusydi.0164458921
terbaik..
Terima kasih atas perkongsian.
Mohon admin contact saya, saya nak tau lebih lanjut lagi.. 0149609785
Catat Ulasan