Bagi calon peperiksaan pegawai arkib s41 pada 1 april 2014,
yang pertama kali menghadiri peperiksaan pegawai arkib s41 sudah semestinya
tercari-cari apakah format dan contoh soalan peperiksaan pegawai arkib s41. Di
sini saya sekali lagi ingin berkongsikan sedikit maklumat dan rujukan terbaik
untuk calon-calon Peperiksaan Pegawai Arkib S41 bagi membuat persediaan awal.
Format Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41
Format Peperiksaan Pegawai Arkib S41 untuk peperiksaan 1 APRIL 2014 ini
sama seperti format 2013 yang lepas seperti yang dimaklumkan melalui surat
panggilan. Ianya hanya mengandungi hanya 4 Seksyen berbanding peperiksaan Gred
41 lain yang mengandungi 5 seksyen. Tiada penilaian pemahaman teks bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam kata lainnya, format kali ini lebih ringkas
dan sesi peperiksaan akan tamat lebih awal.
Peluang Cerah Lulus Peperiksaan Pegawai Arkib S41
Untuk tahun ini tapisan nampaknya
dilakukan lebih awal dengan mengadakan sesi peperiksaan pada hari SELASA.
Pastinya ianya akan memberikan kesan kepada mereka yang sudah bekerja di mana
kesukaran mendapat cuti pelepasan pasti muncul terutamanya bagi mereka yang
mengambil cuti antara 22 – 29 MAC sempena cuti persekolahan.
Jika anda dipanggil dan mendapat pelepasan
cuti, cuba hadir dan buat sehabis baik kerana peluang mereka yang hadir lebih
cerah kerana dijangkakan % mereka yang hadir adalah kurang.
Alhamdullilah, sekali lagi Tim Infokerjaya telah bersetuju untuk membantu calon peperiksaan dengan menyediakan
Format Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib
Seksyen A - Pengatahuan Am (Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling)
Seksyen B- Kemahiran Matematik
Seksyen C-Esei Bahasa Melayu
Seksyen D-Esei Bahasa Inggeris
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41
Contoh Soalan Seksyen A
Ianya adalah seksyen pertama
dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai paling banyak
soalan. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk
kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai
sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun
2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45
minit/60 soalan). Sekali lagi formatnya;
- Tempoh: 40 minit
- Jumlah Soalan: 50 soalan
1. Rekod merujuk
kepada
I.
Bahan
dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa
atau selainnya merakamkan maklumat.
II. Termasuklah kertas,
dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta.
III. Pelan, lukisan,
gambar foto, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
IV. Rekod yang
dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau
apa-apa salinannya.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
2 2. Jawab soalan ke 2 dan 3 berdasarkan kepada maklumat di bawah
Rekod yang diterima secara rasmi atau
yang dikeluarkan oleh mana-mana pejabat awam bagi perjalanan hal ehwalnya
atau oleh mana-mana perkhidmatan awam atau pekerja pejabat awam dalam
perjalanan tugas rasminya dan termasuk rekod mana-mana perusahaan Kerajaan
dan juga termasuk segala rekod yang, pada permulaan kuatkuasa akta ini,
adalah dalam jagaan atau di bawah kawalan arkib Negara Malaysia yang
ditubuhkan di bawah Akta Arkib.
|
A. Rekod suruhanjaya
B. Rekod awam
C. Rekod kerajaan
D. Rekod masyarakat
3. Rekod yang diterima
secara rasmi akan disimpan di mana?
A. Arkib Negara
Malaysia
B. Arkib Negara Negeri
C. Arkib Negara Daerah
D. Arkib Negara Bandar
4. Rekod tidak aktif
merujuk kepada
A. Rekod yang tiada
kepentingan dalam pentadbiran kerajaan.
B. Rekod digital
berkaitan sejarah dan peristiwa penting negara yang tidak lagi menjadi rujukan
utama.
C. Rekod yang tiada
tindakan lanjut dikehendaki diambil ke atas rekod itu atau rekod yang tidak
lagi dikehendaki untuk pentadbiran harian di jabatan/agensi kerajaan.
D. Rekod semasa yang
pernah digunakan dalam sidang akhbar-akhbar utama negara dan kini sudah tidak
digunakan lagi sebagai rujukan utama pentadbiran kerajaan.
5. Penetapan yang
menjelaskan rekod telah tamat atau tiada tindakan lanjut dikehendaki diambil
tentang rekod tersebut.
Hal
ini merujuk kepada
A. Tamat perkhidmatan
B. Tamat siasatan
C. Tamat rekod
D. Tamat tindakan
6. Di antara yang
berikut, manakah yang berkaitan dengan Tutup Fail?
I.
Fail
yang mengandungi 100 kandungan atau ketebalannya 4cm
II. Ianya hendaklah
ditutup dan fail baru dibuka.
III. Fail juga ditutup
setelah selesai segala tindakan dan tiada rujukan yang perlu diambil oleh
jabatan/agensi kerajaan.
IV. Fail ditutup kerana
tiada kepentingan dalam membuat rujukan berkaitan.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
7. Cara menguruskan
pengasingan rekod dengan tujuan pemusnahan, pemindahan atau selainnya merujuk
kepada
A. Pemusnahan
B. Pemindahan
C. Pengasingan
D. Pelupusan
Contoh Soalan Seksyen B
1. Lengkapkan premis dalam hujah berikut:
Premis I : Semua pelajar Tingkatan 3 Gigih rajin.
Premis II : …………….
Kesimpulan: Ali seorang pelajar rajin.
Premis II ialah ______ .
A Semua pelajar
yang rajin adalah pelajar Tingkatan 3 Gigih.
B Ali seorang pelajar Tingkatan 3 Gigih.
C Ali bukan pelajar
Tingkatan 3 Gigih.
D Kebanyakan
pelajar Tingkatan 3 Gigih rajin.
Soalan 37 hingga 38 adalah berdasarkan jadual di bawah
Skor (markah) kuiz
|
20
|
21
|
22
|
23
|
24
|
Kekerapan
|
3
|
0
|
2
|
4
|
1
|
Jadual di atas
menunjukkan skor (markah) kuiz bagi sekumpulan pelajar.
37. Mod bagi skor
pelajar itu, ialah
A 20 B 22
C 21 D 23
38. Median bagi skor
pelajar itu, ialah
A 21 B 22
Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Arkib S41
Formatnya 4 Seksyen sahaja tetapi mengikut penilitian Inforkerjaya (Team Tipsptd) sepanjang lebih kurang 4 tahun membantu calon (sejak tahun 2009) dalam peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam, setiap seksyen dipecahkan lagi.
Jika anda calon yang bakal menghadiri peperiksaan Pegawai Arkib S41 pada 1 April 2014 pastikan anda hadir dengan persediaan.
Peluang anda adalah cerah. Seperti yang saya nyatakan di atas, jika anda dipanggil dan mendapat pelepasan
cuti, cuba hadir dan buat sehabis baik kerana peluang mereka yang hadir lebih
cerah kerana dijangkakan % mereka yang hadir adalah kurang.
Dapatkan rujukan peperiksaan ini melalui pautan di bawah :
Sekali lagi sekiranya anda ingin berjaya pastikan anda hadir ke dewan peperiksaan dengan cukup persediaan dan buat persediaan awal.