Rabu, 26 Februari 2014

Contoh Kertas Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Assalamualaikum....salam pemirsa....

Adakah sahabat merupakan calon yang terpilih untuk menghadiri Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 pada 08 / Mac / 2014 ini?? Jika sahabat terpilih...tahniah di ucapakan..

Pada post kali ini saya ada sediakan sedikit panduan untuk sahabat-sahabat buat persediaan awal.

PENDAHULUAN

Tujuan Peperiksaan untuk mengukur daya pemikiran, serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

Calon dari pelbagai jurusan,jesteru soalan yang dikemukanan meliputi pelbagai bidang dan skop yang luas.

Matlamat adalah untuk mengukur kematangan pemirikan calon agar sesuai dengan kualiti, serta potensi seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.

Peperiksaan melibatkan 3 kertas berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Calon-calon dinasihatkan tidak fokus kepada satu-satu kertas soalan sahaja. Kerana calon perlu mendapat prestasi yang memuaskan bagi ketiga-tiga kertas peperiksaan.

Contoh-contoh kertas Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 adalah seperti berikut :
















Untuk download contoh kertas Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 sila
klik disini >> Contoh Kertas Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29


Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan pada
08/ Mac / 2014 (Sabtu ) nanti. :)

Jadual Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Dah semak jadual untuk Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat??

Maklumat lanjut adalah seperti berikut :

Tajuk : Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

Tarikh : 08 Mac 2014

Hari : Sabtu

Data dari SPA

Semoga sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan dapat membuat persiapan awal.

Rabu, 19 Februari 2014

Panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 2014



Assalamualaikum...salam sejahtera sahabat pembaca..
Untuk kali ini, penulis ingin berkongsikan sedikit tentang Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 yang bakal di jalankan pada 1 Mac 2014 ini.

Sahabat ada membuat permohonan tak?? Kalau ada sahabat boleh membuat semakan permohonan pada pautan di bawah ini :

Semakan panggilan peperiksaan Pegawai Penerangan S41

[+] http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Peperiksaan


Jiika sahabat terpanggil alhamdullilah...tahniah...

Saya harap sahabat sudah membuat persediaan awal sebelum menghadapai Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 nanti..

Dimaklumkan untuk Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 pada kali ini adalah seramai 4000 orang..
Tidak seramai peserta PTD.

Jika sahabat hendak berjaya, sahabat wajib membuat persedian...
Masih belum terlambat jika sahabat bermula dari awal..

Apa? sahabat tidak ada modul atau bahan rujukan.

Tak perlu bimbang...sebab sahabat boleh dapatkan panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41

disini dengan klik pada pautan ini

[+] Pakej Panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan 2014

Panduan ini hanya boleh didapati pada 24 /Februari/2014 ini..ianya dibawahkan khas oleh Tim Infokerjaya

yang mana telah membantu ribuan calon lulus peperiksaan sejak 2009.

Panduan ini terhad. Jadi saya syorkan sahabat untuk dapatkannya segera bermula pada 24/Februari/2014.

Jika sahabat-sahabat perlukan review contoh dan panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan 2013,

sahabat boleh dapatkan secara percuma dengan isikan nama dan alamat email sahabat

pada pautan ini

[+] Pakej Panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan 2014

Saya doakan sahabat-sahabat yang bakal menghadapi Peperiksaan Pegawai Penerangan 2014 berjaya

Salam kejayaan dari saya..

Jumpa lagi.... :)


Selasa, 19 November 2013

Online Part Time Job $$$

Assalamualaikum... salam sejahtera.. tahniah..tahniah....kerana anda seorang pembaca yang bertuah yang telah menjumpai blog saya yang tidak seberapa. Kenapa anda bertuah, kerana posting yang ingin saya kongsikan di sini adalah mengenai bagaimana nak dapatkan $$$$ secara percuma dengan internet.. Ha betulkah bohong??? Hahahaha... memang betul, gerenti selamat, dan 100% halal. Memang benar kata orang dalam dunia maya ni bersepah-sepah duit..Dulu rasa ragu-ragu dan was-was juga dengan benda-benda ni semua. Untuk pengatahuan anda, saya telah melakukan banyak reseach dan percubaan dengan beratus-ratus laman,kaedah link internet yang menjanjikan income yang lumayan dengan hanya melayari internet. Dan ini adalah yang terbaik dan yang boleh anda percayai. Ianya tidak perlu menaja orang, tidak perlukan modal untuk pendaftaran, tidak perlukan skil dan kemahiran, cukup setakat pandai sikit-sikit guna komputers sudah. Jangan cakap tak pandai tipulah...Facebook pandai pula..hahaha...

Sistem kerjanya macam ni,anda ibarat memberi flyer kepada orang ramai. Anda akan dibayar RM0.20 per klik dan ia ada juga ad limit. Ada yang sampai Rm5, Rm10 dan ada yang sampai Rm30 satu advert. Cuba bayangkan anda dapat 10 klik dalam 1 hari,

Advert bernilai Rm 30

10 klik X Rm 0.20 = Rm 1.00/hari

Katakan anda ada rakan fb seramai 200 orang

130 klik X Rm0.20 = Rm 26/hari

Cuba bayangkan kalau anda seorang yang aktif menggunakan Facebook, berapa rasa-rasa anda boleh dapat klik?

Nampak tak kerja ni macam mana??
Senangkan.....Tak rugi, tak perlu bayar sesen pun untuk buat kerja ni, malah sebaik sahaja anda mendaftar anda akan dibayar Rm1.00 sebagai komisen pendaftaran anda...

Berapa banyak masa anda peruntukan dengan melayari Facebook sehari?? Cuba tanya pada diri sendiri... Daripada terngangah layan Facebook tu, baik buat benda ni... kalau tak kaya pun boleh lah guna untuk bayar bil internet anda, bil topup telefon anda..


Untuk pendaftaran percuma,percuma, sekali lagi saya cakp..percuma betul ni....

Klik di sini ----> Pendaftaran

Ok.. kalau anda ada pertanyaan sila-sila jangan malu-malu tinggalkan komen anda sahaja..
Kalau dah berjaya nanti, jangan megadu pulak tak dapat tidur sebab $$$.. Hehehe.. apa pun bergantung kepada usaha anda. Dan ingat rezeki itu Allah yang tentukan...

Rabu, 23 Oktober 2013

Tips Temuduga Penolong Jurutera Gred J29 RISDA


Assalamualaikum...salam permirsa dari saya. Untuk kali ini, saya ingin berkongsikan
sedikit tips temuduga penolong jurutera J29 Risda. Tips ini saya kongsikan berdasarkan
pengalaman saya sendiri ketika menghadiri temuduga tersebut baru-baru ini iaitu pada 17/10/2013
di Pejabat Risda Negeri Sabah, Kota Kinabalu ,No.163, Blok S, lorong Plaza Permai
3, Alam Mesra,Jalan Sulaman, P/s 17283,88873 Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk pengatahuan terutama kepada mereka-mereka yang akan menghadiri temuduga di Pejabat RISDA Negeri Sabah,pastikan anda telah menyemak betul-betul di mana tempat anda di minta hadir untuk temuduga tersebut, sama ada di Pejabat RISDA Negeri Sabah, atau Pejabat RISDA Cawangan Kota Kinabalu. Ini bagi mengelakkan anda tersalah tempat untuk menghadiri temuduga.


Antara tips yang saya rasa anda boleh cuba adalah seperti berikut :

Sebelum menghadiri temuduga

1.Baca dengan teliti setiap arahan yang anda dapat dalam surat/email tawaran menghadiri temuduga anda.
2.Sediakan selengkapnya dokumen-dokumen asal pengenalan diri seperti my kad,surat lahir,sijil-sijil akademik, sijil-sijil kemahiran dan yang berkaitan dengan bidang temuduga yang akan anda hadiri. Jangan lupa untuk membuat salinan semua sijil-sijil anda. Ini wajib, kerana semua maklumat dan salinan sijil-sijil anda akan di ambil oleh pihak penemuduga bagi semakan dan memproses pemilihan calon untuk jawatan tersebut. Sebaik-baiknya semua salinan tersebut telah disahkan terlebih dahulu.
3.Sediakan gambar terkini anda berukuran passport, sekurang-kurangnya 2 keping.
4.Resume.Pastikan Resume yang anda buat tidak terlalu panjang sehingga menggunakan lebih dari 2 muka surat. Sebaik-baiknya 1 muka surat sahaja.


Semasa menghadiri temuduga

1.Pastikan anda berpakaian formal dan kemas. Formal disini bukanlah bermaksud kena pakai kemeja yang berjenama dan mahal, cukup sekadar anda memakai kemeja lenggan panjang,tie/tali leher, berseluar slack/kakis dan berkasut kulit hitam/coklat.
2.Bagi lelaki rambut anda juga sebaik-baiknya pendek, kalau tidak pun disikat kemas dan rapi. Ini akan menjadi salah satu aspek yang menyatakan perwatakan anda kepada pihak penemuduga.
3.Datang awal ke tempat anda ditemuduga. Sebaik-baiknya datang seawal yang boleh. Perkara ini boleh mengurangkan sedikit rasa gemuruh,takut anda semasa menghadiri temuduga nanti. Pastikan anda rileks agar anda dapat memberi tumpuan dan jawapan yang terbaik semasa di soal oleh penemuduga. Berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain turut menghadiri temuduga bersama anda. Ianya dapat membantu anda, menenagkan sedikit perasaan anda
yang ketika itu berdebar-bedar.

Gambaran keadaan dibilik temuduga

Semasa saya menghadiri temuduga baru-baru ini, keaadan dibilik penemuduga adalah seperti berikut:
1. Panel atau pihak penemuduga adalah seramai 4 orang yang akan duduk dihadapan anda. Mereka akan bergilir-gilir menanyakan soalan kepada setiap peserta.
2.Peserta, 5 orang peserta dipanggil sekaligus duduk bersama dibilik temuduga untuk ditemuduga 
3.Setiap peserta akan ditanyakan soalan yang sama, secara bergilir-gilir
4.Soalan tambahan, perkembangan melalui soalan yang diberikan mungkin akan ditanyakan kepada anda, bergantung kepada penyampaian anda. Penilai selalunya lebih suka bertanyaan soalan tambahan ini kepada peserta yang memberikan pesembahan yang menarik perhatian.

Soalan-soalan yang mungkin akan ditanyakan

Perhatian disini, ini adalah apa yang saya sendiri lalui, soalan-soalan yang akan diajukan adalah berbeza-beza bergantung kepada penemuduga itu sendiri. Sekiranya anda dipanggil untuk Penolong Jurutera Awam J29, soalan-soalanya adalah lebih kurang seperti yang berikut :

1. Apakah yang anda faham mengenai konkrit. Berikan nisbah-nisbah bancuhan konkrit dan kegunaanya
2. Berapakah anggaran kos untuk membuat jalan raya sepanjang 1 kilometer
3. Berikan cadangan anda bagaimana untuk melahirkan masyarakat yang harmoni
4. Apakah sumbangan atau pencapaian tertinggi yang pernah anda terima (Jawab dalam bahasa inggeris)
5. Apakah kekuatan anda, dan kenapa perlu anda untuk kami terima bagi jawatan ini.

Selepas temuduga

Selesainya temuduga yang anda hadiri, cuba untuk ucapkan terima kasih dan bersalaman dengan pihak penemuduga. Ini adalah salah satu cara untuk anda mengambil hati pihak penemuduga yang menunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan tersebut.



    Senarai di atas adalah antara soalan-soalan yang diajukan kepada saya ketika menghadiri temuduga tersebut. Kesimpulan yang saya boleh tafsirkan disini, pihak penemuduga
sebenaranya cuba untuk melihat kelebihan anda dan pengatahuan anda mengenai bidang dan jawatan yang anda pohon. Pastikan anda tidak duduk diam ketika anda diajukan solan
walaupun anda tidak tahu jawapannya. Cuba untuk jawab soalan berdasarkan pengalam dan apa yang anda tahu. Sekiranya anda mahir berbahasa inggeris, itu adalah satu kelebihan
bagi diri anda. Namun sekiranya anda rasa anda sukar dan tidak pandai berbahasa inggeris, cara terbaik adalah jangan berbahasa inggeris, atau sekiranya anda di soal oleh
pihak penemuduga dengan bahasa inggeris, mohon untuk anda menjawab dalam bahasa melayu. Kerana anda hanya ada sekali peluang itu sahaja untuk menunjukkan potensi anda diterima
menyandang jawatan yang anda pohon. Jadi pastikan anda buat yang terbaik. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Langkah yang terbaik adalah pastikan anda membuat persiapan rapi mengenai pengatahuan anda dalam bidang atau jawatan yang anda mohon, selain mengetahui sedikit sebanyak mengenai profil jabatan atau agensi yang anda dipanggil selain itu juga buatlah sedikit carian mengenai isu-isu semasa. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda sedikit-sebanyak dalam membuat persiapan temuduga yang akan anda hadiri kelak.

Semoga anda berjaya dalam temuduga yang akan anda hadiri.